Wednesday, January 2, 2008

ISU HALAL HARAM

KRISIS PEMAKANAN UMAT ISLAM HARI INI
SERUAN ALLAH KEPADA MAKANAN HALAL
WAHAI SEKALIAN MANUSIA, MAKANLAH YANG HALAL LAGI BAIK DARI APA YANG TERDAPAT DI BUMI...”
(SURAH AL-BAQARAH: 168)


PERKATAAN ‘THOIYYIBAN’ BERMAKNA BAIK, DAN INI JUGA BERERTI MAKANAN ITU MESTILAH BAIK UNTUK DIMAKAN DAN DIPEROLEHI DARIPADA SUMBER YANG ASLI


-RASULULLAH S.A.W PERNAH BERSABDA
“SESIAPA YANG BERWASPADA TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG DIRAGUI, IA TELAH MEMELIHARA AGAMA DAN KEHORMATAN DIRINYA, DAN SESIAPA YANG AKUR DENGAN PERKARA-PERKARA YANG DIRAGUI, IA AKAN TUNDUK KEPADA PERKARA YANG DILARANG.”


-HUKUM SYARIAH
“MENURUT PERATURAN ASAS HUKUM SYARIAH ADALAH HARAM BAGI ORANG ISLAM MENGAMBIL MAKANAN ATAU MINUMAN YANG BOLEH MEMBAWA MAUT, SAMA ADA CEPAT ATAU LAMBAT, SEPERTI RACUN, ATAU SESUATU YANG MEMBAHAYAKAN, TERMASUK MAKAN DAN MINUM SECARA BERLEBIHAN SEHINGGA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN.”


DALAM KONTEKS AJARAN ISLAM, SETIAP INDIVIDU MUSLIM WAJIB MENYELIDIKI DAN PRIHATIN TERHADAP MAKANAN YANG AKAN DINIKMATI, BUKAN SETAKAT MAKANAN YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, MALAH JENIS MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN HARAM, YANG SEKALIGUS BOLEH MENJEJASKAN AQIDAH.

SELAIN ITU, JIKA MEMAKAN MAKANAN ATAU MENGGUNAKAN PRODUK YANG DIRAGUI TAHAP KEHALANNYA JUGA BOLEH MENGAKIBATKAN DOA YANG KITA PANJATKAN KEPADA ILAHI TIDAK DIMAKBULKAN SEPERTI DARIPADA HADIS RIWAYAT MUSLIM DAN AT TIRMIDZI
DARIPADA HADIS RIWAYAT MUSLIM DAN AT TIRMIDZI, RASULULLAH ADA BERCERITA MENGENAI SESEORANG YANG DALAM KESUSAHAN, KERUNSINGAN DAN BERPAKAIAN COMPANG-CAMPING MENADAH TANGAN SAMBIL BERSERU, “YA RABBI, YA ALLAH, YA TUHANKU.... SEDANGKAN DIA MAKAN, MINUM DAN MEMAKAI PAKAIAN DARIPADA HASIL YANG HARAM DAN TIDAK HALAL. MAKA MUSTAHIL DOANYA DITERIMA ALLAH S.W.T.

IMAM GHAZALI JUGA PERNAH BERPESAN...
“JIKA KITA INGIN ANAK KITA MENJADI SOLEH, BIJAKSANA DAN BERGUNA, BERIKANLAH IA MAKANAN DARIPADA REZEKI YANG HALAL SEJAK IA LAHIR. MAKANAN YANG HALAL SELAIN MENJADIKAN ANAK KITA BERGUNA, BOLEH MENJADIKAN MENTAL MEREKA PINTAR DAN CERDAS. SEBALIKNYA ANAK AKAN MENJADI DERHAKA TERHADAP KITA JIKA IA DIBERIKAN MAKANAN YANG HARAM DAN KOTOR.”


sesuatu makanan itu dikatakan halal jika:
-IA TIDAK MENGGANGGU FUNGSI NORMAL TUBUH DAN FIKIRAN
-IA BEBAS DARIPADA NAJIS DAN BUKAN PRODUK YANG DIPEROLEHI DARIPADA -SUMBER BABI ATAU HAIWAN YANG TIDAK DISEMBELIH ATAU DIBURU MENGIKUT HUKUM SYARAK
-IA BEBAS DARIPADA PRODUK YANG DIAMBIL DARIPADA BABI DAN ANJING ATAU LAIN-LAIN BINATANG YANG HARAM
HAKIKAT PERTANIAN MODEN YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARAK
DALAM KONTEKS ‘THOYYIBAN’ KITA PERLU MENGAMBILKIRA KEMUNGKINAN BAHAWA PRODUK SEPERTI TELUR DAN HASIL TENUSU MUNGKIN HARAM JIKA BINATANG YANG MENGHASILKANNYA DITEMPATKAN DALAM KEADAAN TIDAK BERSIH, SEMPIT DAN MENYEKSAKAN SERTA DISUNTIK DENGAN BAHAN BERBAHAYA SEPERTI HORMON, ANTIBIOTIK DAN BAHAN KIMIA LAIN YANG BERTUJUAN UNTUK MENAMBAHKAN PENGELUARAN SEMATA-MATA.

BUKANKAH ALLAH S.W.T ADA BERFIRMAN,
“DAN TIDAK SEEKORPUN BINATANG YANG MELATA DI BUMI DAN TIDAK SEEKORPUN BURUNG YANG TERBANG DENGAN KEDUA SAYAPNYA MELAINKAN (MEREKA IALAH ) UMAT-UMAT SEPERTI KAMU.... “ (SURAH AL-AN’AM, AYAT 38)

No comments: